Di dalam blog ini saya akan berkongsi koleksi ART saya dan apa-apa sahaja mengenai HOBBY saya dengan anda semua yang mempunyai minat yang sama seperti saya....sila klik link di LABELS untuk melihat lebih banyak koleksi ART & HOBBY saya...join lah blog ini dan kita sama-sama berkongsi mengenai ART & HOBBY. :-)

Sunday, January 10, 2010

Puisi - Syair Pengembaraan Raden Panji Dewa


Syair Pengembaraan Raden Panji Dewa

Kepada ayahanda berdatang sembah,

Hutan belantara tempat diarah,

Raja berkenan lalu bertitah,

Sukacita Raden tunduk menyembah.


Pahlawan Agung Sang Kera Putih mutiara,

Menjadi teman sepanjang mengembara,

Tunduk kepada Raden Panji Dewa,

Berburu jauh ke hutan belantara.


Sedang melahu bertemu mahligai,

Sungguh cantik bagai dicanai,

Hulubalang jin mengawal mahligai,

Mencari helah Sang Kera pandai.


Dalam mahligai bersemayam Sang Puteri,

Ratna Melur Sang Puteri Gusti,

Sang Raden Panji mengadap puteri,

Pinta Raden perhamba diri.


Puteri Gusti dibawa pergi,

Hulubalang jin tercari-cari,

Raja Gunung Halia murka sekali,

Titah mencari Puteri Gusti.


Amarah Mambang Indera tiada terperi,

Tunangannya pergi dibawa lari,

Mengului angkatan perang sendiri,

Gunung Halia tempat ditujui.


Ketemu Sang Puteri di bawah naungan,

Raden dikepung jadilah peperangan,

Raden cita serigala jadian,

Mambang Indera cita gergasi baran.


Segala sakti diseru mentera,

Kera dipanggil berketi laksa,

Menjadi alah Mambang Indera,

Batara Nila Perabu dikhabar berita.

No comments:

Post a Comment